Berita

Negeri Sembilan pertama di Malaysia bangunkan jadual input-output

SEREMBAN: Negeri Sembilan merupakan negeri pertama di Malaysia yang berjaya membangunkan jadual input-output negeri dan daerah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, jadual input-output ini dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia dan EU-ERA.

“Jadual input-output ini penting bagi membantu Kerajaan Negeri merangka dasar ekonomi yang lebih tersusun dan konstruktif.

“Analisis yang dilakukan daripada jadual input-output ini dapat membantu mengenal pasti impak pelaburan dan pembangunan ke atas sesebuah sektor ekonomi, sosial dan alam sekitar.

“Hal ini demikian kerana jadual input-output ini dapat dijadikan instrumen bagi merangka dasar Kerajaan Negeri bagi memenuhi Agenda 2030,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Persidangan Internasional Input-Output Association ke-28 di Bayview Hotel, Langkawi.

Aminuddin menambah bahawa, menjadi negeri pertama di Malaysia yang membangunkan jadual input-output ini merupakan satu pencapaian yang besar dan bermakna bagi pihak Kerajaan Negeri.

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button