Berita

Allif agih sayur segar kepada 300 keluarga kurang kemampuan

KOTA: Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim mengagihkan sayur-sayuran segar kepada 300 keluarga yang kurang berkemampuan di DUN Kota.

“Saya berharap dengan bantuan sekecil ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban masyarakat dalam menghadapi pandemik Covid-19 ini.

“Saya juga berharap masyarakat DUN Kota berdisiplin untuk kekal di rumah sepanjang tempoh ‘total lockdown’ yang sedang berjalan,” kata Muhammad Allif.

Muhammad Allif mengucapkan terima kasih kepada Koordinator Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Bumi Alam, K.Sacchi dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Rembau, Saudara Fendi Aris yang sudi menyalurkan sumbangan sayur-sayuran kepada masyarakat di DUN Kota. Alhamdulillah.

Sekiranya penduduk DUN Kota memerlukan sebarang bantuan boleh menghubungi pegawai di Pejabat Penyelaras DUN Kota seperti di bawah:

Encik Saiful: 012-711 3324

Encik Adzly : 011-1128 4048

Show More

Related Articles

Back to top button