Aktiviti

Allif mahu anak muda DUN Kota sihat bersukan

KOTA: Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim menyampaikan dua set alat memanah profesional kepada Sekolah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek (SK Penajis) bagi kegunaan pelajar dalam bidang sukan tersebut.

“Saya ingin melihat anak muda di DUN Kota sihat melalui sukan. Ada sifat berdaya saing serta mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Insyah Allah.

“Islam menggalakkan umatnya bersukan secara kerap bagi mengekalkan tahap kecergasan diri yang seterusnya membantu untuk menunaikan ibadah dengan sempurna dan khusyuk.

“Umumnya, apa saja aktiviti bersukan atau riadah yang menyihatkan dan memberi manfaat kepada tubuh badan manusia boleh dianggap sebagai sunnah.

“Sukan seperti memanah, berkuda dan berenang antara yang ditekankan apatah lagi terdapat dalil dan sirah Rasulullah SAW terhadap sukan ini. Antaranya hadis daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya ‘Ajarlah anak kamu berenang dan memanah,” kata Muhammad Allif.

Show More

Related Articles

Back to top button