Berita

Allnex Malaysia sumbang RM12 ribu untuk Tabung Covid-19 Negeri Sembilan

SEREMBAN; Sebuah syarikat swasta, Allnex Malaysia Sdn Bhd telah menyumbang RM12, 000 kepada Tabung Covid-19 Negeri Sembilan.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun oleh Pengurus Kilang tersebut, Encik Antony Dass.

“Mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, saya merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Allnex Malaysia Sdn Bhd atas keprihatinan memberi sumbangan dalam usaha menghentikan penularan wabak Covid-19,” kata Aminuddin.

Allnex Malaysia Sdn Bhd, merupakan sebuah kilang yang beroperasi di Taman Perindustrian Tuanku Jaafar, Senawang yang menghasilkan ‘Powder Coating Resin’.

Turut hadir mewakili Allnex Malaysia Sdn Bhd ialah Pengurus Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Encik Muhd Helmi dan Pengurus Kualiti, Cik Nurul Ain.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button