Aktiviti

Amanah Kampung Petaseh bantu ahli kurang berkemampuan

KLAWANG: Naib Pengerusi 1 Amanah Negeri Sembilan dan Ahli Jawatankuasa Amanah Kawasan Jelebu, YB Bakri Sawir telah menghadiri jemputan Amanah Cawangan Kampung Petaseh bagi menyampaikan bantuan barangan makanan kepada Ahli Amanah Cawangan Kampung Petaseh yang kurang berkemampuan.

Bantuan berupa barangan makanan keperluan harian adalah sumbangan Amanah Cawangan Kampung Petaseh.

“Saya mahu agar semua Ahli Amanah bersatu padu dan menggembeling tenaga bagi memperkukuhkan Parti Amanah Negara (Amanah), agar Amanah kekal relevan di dalam pentadbiran negeri dan kancah politik negara.

“Saya juga berharap sumbangan bantuan makanan ini dapat meringankan beban ahli yang kurang berkemampuan,” kata Bakri.

Show More

Related Articles

Back to top button