Berita

AMANAH Tampin bantu calon Pakatan Harapan Kuala Linggi

GEMENCHEH: Parti Amanah Negara (AMANAH) Tampin turun padang ke DUN Kuala Linggi bagi membantu memenangkan calonnya Saudara Julasapiyah Kassim di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Amanah Kawasan Tampin, Tuan Abd Latif A.Tambi berkata, beliau dan sukarelawan AMANAH Tampin terlibat dalam gerak kerja pilihan raya di DUN Kuala Linggi.

“Saya percaya kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Harapan di DUN Kuala Linggi,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan nelayan di Kuala Linggi.

Turut hadir, Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob; Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Dato MK Ibrahim Abdul Rahman; Naib Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir dan Ketua Amanah Kawasan Port Dickson, Saudara Nasir Raman.

Show More

Related Articles

Back to top button