Aktiviti

Ambang Merdeka Pertang sederhana tapi meriah

PERTANG: Sambutan ‘Ambang Merdeka 2020’ anjuran Pejabat Penyelaras DUN Pertang dengan kerjasama MPKK Pasoh di DewanTerbuka Pasoh 4; disambut sederhana tetapi meriah dengan pelbagai acara yang disusun untuk semua lapisan masyarakat.

Menurut Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof, antara aktiviti yang dijalankan pertandingan nyanyian lagu patriotik, pakaian beragam baju kebangsaan, mengira buah labu dan deklamasi sajak kemerdekaan.

“Usaha kita semua melawan dan mengekang penularan wabak Covid-19 juga adalah salah satu bentuk perjuangan.

“Tarikh 18 Mac 2020 (Penguatkuasaan PKP) adalah satu titik mula pengorbanan rakyat Malaysia melawan wabak Covid-19.

“Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan barisan hadapan yang terdiri dari PDRM, Kementerian Kesihatan Malaysia, Tentera, RELA, badan NGO dan Ahli Jawatankuasa MPKK yang bertungkus-lumus menabur bakti kepada negara dengan memastikan penularan wabak dapat dikekang,” katanya.

Yus Mazmi berkata, pasukan barisan hadapan bertanggungjawab memastikan keselamatan rakyat Jelebu amnya dan rakyat di DUN Pertang khasnya terus dijaga.

“Alhamdulillah daerah Jelebu terus kekal sebagai zon hijau sehingga ke hari ini.

“Rakyat diseru supaya membiasakan diri dengan norma baharu demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.

“Tahniah diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa MPKK Felda Pasoh 4 di bawah kepimpinan Encik Mohd Zin Tahir kerana berjaya menganjurkan program ‘Ambang Merdeka 2020’ sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-63,” ujarnya lagi.

Turut hadir ialah Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Zainal Fikri Abd Kadir; Pengurus Felda Pasoh 4, Encik Amizan Ramli; Pengerusi MPKK Kampung Kerangai, Encik Mohd Tahir dan Pengerusi Persatuan Malayali Simpang Pertang, Saudara Krishnan.

Show More

Related Articles

Back to top button