Berita

Aminudddin: Tawar kursus mengikut keperluan industri

Membolehkan graduan mempunyai prospek tinggi dapat peluang pekerjaan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) menawarkan kursus mengikut keperluan industri.

“KAYNS perlu lebih kreatif dalam menawarkan kursus-kursus yang mencakupi keperluan pihak industri.

“Ini secara tidak langsung akan membolehkan graduan mempunyai prospek yang lebih tinggi untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

“Sebagai salah satu institusi TVET di bawah Kerajaan Negeri, saya berharap KAYNS dapat melahirkan graduan yang terbaik,” katanya.

Aminuddin berkata demikian, selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Kanan KAYNS yang diketuai oleh Ketua Ekskutif KAYNS, Encik Bahrom Abu Bakar di kediaman rasmi beliau.

“Saya turut memberikan beberapa idea dan pandangan kepada pihak pengurusan kolej tersebut agar kebolehpasaran graduan dapat ditingkatkan.

“Insyah Allah, saya akan ke kampus KAYNS di Gentam, Kuala Pilah pada 2 Oktober 2020 ini, bagi merasmikan projek menaiktaraf kampus tersebut.

“Semoga infrastruktur yang baru ini dapat memberikan suasana yang kondusif, agar para pelajar dapat belajar dengan selesa,” ujar Aminuddin lagi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button