Berita

Aminuddin: 1,074 mahasiswa terima bantuan kewangan IPT

Insentif Ijazah RM1,000, Diploma RM750 dan Sijil RM500

SIKAMAT: Menyedari akan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh setiap bakal mahasiswa, maka Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan YAB Dato Seri Aminuddin Harun telah mengambil inisiatif memperkenalkan Insentif Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada pelajar tahun pertama dari keluarga yang kurang berkemampuan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT.

“Dari bulan Januari hingga Julai 2020, seramai 1,074 pelajar IPT dari seluruh Negeri Sembilan telah menerima bantuan kewangan ini.

“Untuk tempoh yang sama, seramai 200 pelajar IPT telah menerima insentif ini di DUN Sikamat.

“Pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah akan diberikan bantuan berjumlah RM 1,000; manakala Diploma sebanyak RM 750 dan Sijil sebanyak RM500,’ kata Aminuddin selepas menyampaikan insentif tersebut kepada 23 bakal mahasiswa dari DUN Sikamat di Balai Raya Taman Desa Rhu kelmarin.

Aminuddin turut mengingatkan agar pelajar IPT terus mengukuhkan jatidiri, mematuhi segala peraturan kampus, mendahulukan tanggungjawab sebagai pelajar dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai ajaran agama dan adat budaya kita yang murni.

“Berikanlah fokus sepenuhnya kepada tugasan atau tanggungjawab utama iaitu menimba ilmu pengetahuan.

“Bantuan yang diberikan sedikt sebanyak akan meringankan beban ibubapa dan bakal mahasiswa yang memerlukan belanja sebelum memulakan pengajian di Universiti.

“Kepada bakal mahasiswa saya ucapkan tahniah dan gunakan kesempatan ini untuk menimba ilmu sebaik-baiknya yang akan membanggakan keluarga, bangsa, negeri dan negar,” ujar Aminuddin yang juga ADUN Sikamat.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button