Berita

Konvoi Anak Muda Labu ke Muar Sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad melepaskan konvoi anak muda Labu ke Muar sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan yang disambut pada setiap 19 Febuari.

Konvoi yang disertai 25 buah motorsikal ini membawa tema ‘Ride Tanpa Dadah’.

Ismail berkata, anak muda yang suka berkonvoi motosikal beramai-ramai sewajarnya tidak dianggap sebagai Mat Rempit kerana mereka yang memiliki minat ini datang dari pelbagai latar belakang dan tidak kisah berhabisan untuk membangunkan sebuah jentera yang boleh memenuhi kehendak hobi mereka.

“Kerajaan Negeri menerusi inisiatif belia mempunyai peruntukan kewangan untuk aktiviti yang golongan muda gemar lakukan.

“Saya sentiasa menyokong apa sahaja aktiviti yang sihat dan bermanfaat,” katanya.

Menurut Ketua Konvoi, Encik Suhaimi yang juga Pengerusi MPKK Kampung Pelegong; konvoi ini bertujuan menghimpunkan dan merapatkan ukhuwah sesama anak muda Labu yang mencintai sukan permotoran.

“Peserta konvoi akan mempromosikan Mukim Labu kepada warga Muar,” kata Suhaimi.

Show More

Related Articles

Back to top button