Berita

Aminuddin: 80 keluarga kurang berkemampuan bakal memiliki rumah sendiri

SEREMBAN: Sebanyak 80 buah keluarga kurang berkemampuan bakal memiliki rumah sendiri, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Program Rumah Harapan Rakyat adalah salah satu inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang diperkenalkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2020 bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri.

“Pemohon mestilah mereka yang tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.

“Keutamaan diberi kepada pemohon miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kaseh.

“Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) memperuntukan RM5juta bagi projek ini, dan dijangka sebanyak 80 buah rumah baru akan dibina di bawah inisiatif ini.

“Semoga usaha ini dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan rumah sendiri, Insyah Allah,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Pelulus Program Rumah Harapan Rakyat Bil 1/2021 di Wisma Negeri kelmarin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button