Berita

Aminuddin: Agensi pelancongan ambil peluang kemudahan T-VAC

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyarankan syarikat agensi pelancongan di Negeri Sembilan menggunakan program TPN Virtual Advisory Clinic atau pun T-VAC iaitu satu program khidmat nasihat pelancongan secara maya.

T-VAC adalah salah satu khidmat nasihat perniagaan atas talian yang dikendalikan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Nexus Produxtiviti Pelancongan (TPN).

“Khidmat ini menggunakan platform video telekonferensi (teleconference) untuk memudahkan penasihat memberikan cadangan dan saranan kepada syarikat yang memerlukan bantuan.

“Dalam usaha membuka semula dan memulihkan sesuatu perniagaan, akses kepada maklumat yang tepat dan penelitian terhadap tahap ‘kesihatan’ syarikat adalah antara kunci utama dalam merangka pelan dan strategi pemulihan.

“Ini saya lihat boleh didapati daripada program T-VAC, di mana pendekatan masalah dan penyelesaian digunapakai dalam merungkai keadaan syarikat.

“Saya menyarankan agar para pengusaha syarikat pelancongan di Negeri Sembilan mengambil peluang kerjasama ini untuk meningkatkan produktiviti dan memulihkan semula industri pelancongan negeri,” kata Aminuddin selepas majlis pelancaran T-VAC.

Aminuddin berkata, kerjasama sebegini boleh membawa Negeri Sembilan ke arah yang produktif secara keseluruhan.

Sementara itu, Aminuddin turut berkesempatan menyantuni anak-anak yatim daripada kawasan Port Dickson yang turut dijemput menghadiri majlis pelancaran T-VAC.

“Insyah Allah, semoga sumbangan yang disampaikan dapat memudahkan urusan serta menceriakan anak-anak kecil ini,” ujar beliau.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button