Berita

Aminuddin ajak rakyat Negeri Sembilan sayangi alam sekitar

Sikap membuang sampah di sungai merosakkan alam sekitar

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mengajak rakyat Negeri Sembilan agar sama-sama menyayangi dan hargai alam sekitar.

Aminuddin berkata, ketika beliau menyusuri muara Sungai Linggi baru-baru ini, di dapati terlalu banyak sampah sarap terapung di sungai tersebut menuju ke lautan terbuka.

“Sampah sarap seperti bekas makanan, botol minuman, lampin pakai buang malah tilam pun ada.

“Saya difahamkan sampah sarap ini dihanyutkan daripada hulu sungai.

“Segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di sungai dan akhirnya bermacam-macam sampah dihanyutkan di sungai dan seterusnya ke lautan terbuka,” ujar Aminuddin.

Aminuddin memohon masyarakat mendidik diri dan ahli keluarga agar sentiasa sayangi dan hargai alam sekitar.

“Masyarakat perlu sedar bahawa sampah sarap yang dihanyutkan ke lautan terbuka tidak akan hilang dengan sendirinya.

“Kerajaan Negeri sentiasa melakukan pembersihan sungai dan pantai serta mengenakan kompaun kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Walaubagaimanapun, isu ini tidak akan selesai selagi masyarakat tidak mengambil berat terhadap kebersihan alam sekitar.

“Kita harus sedar bahawa sekiranya masalah ini tidak ditangani sekarang, alam sekitar kita akan musnah.

“Masyarakat perlu bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar agar anugerah Illahi ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang,” kata Aminuddin yang juga merupakan ADUN Sikamat.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button