Berita

Aminuddin alu-alukan pelabur Belanda ke Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menerima kunjungan hormat Duta Belanda ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Aart Jacobi; yang diadakan secara maya pada Isnin.

Aminuddin berkata, antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah berkenaan peluang pelaburan di Negeri Sembilan bagi syarikat daripada Belanda.

“Saya turut menyentuh berkenaan kesesuaian Malaysia Vision Valley (MVV 2.0) sebagai lokasi strategik untuk melabur.

“Mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, saya mengucapkan terima kasih kepada TYT Aart Jacobi serta Pejabat Kedutaan Belanda di atas peluang yang diberikan untuk menarik pelaburan daripada negara tersebut.

“Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan dan Negeri Sembilan dapat menarik lebih ramai pelabur daripada Belanda,” kata Aminuddin.

Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Dr.Razali Ab Malik; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Khidir Majid; Pengarah UPEN, Dato’ Muhamad Nahar Mohd Sidek serta pegawai daripada InvestNS dan MIDA.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button