Berita

Aminuddin bakal umum insentif perumahan masyarakat luar bandar

Buka peluang kepada yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan mengumumkan satu insentif baharu perumahan, yang akan membuka peluang kepada masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak berkemampuan untuk memiliki rumah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau akan mengumumkan insentif tersebut┬ámenerusi pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2021; yang dijadualkan berlangsung pada penghujung November ini.

“Insentif yang akan diperkenalkan nanti, bertujuan menangani masalah yang dihadapi masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak berkemampuan untuk memiliki rumah.

“Syarat kelayakan pemohon dan jenis reka bentuk perumahan tersebut akan diperincikan dalam belanjawan tersebut.

“Mesyuarat Exco meluluskan sejumlah peruntukan bagi tujuan tersebut agar masyarakat luar bandar juga mampu menikmati segala pembangunan di negeri ini,” kata Aminuddin selepas Majlis Pelancaran Portal Negeri Kita di Wisma Negeri kelmarin.

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button