Aktiviti

Aminuddin bermotorsikal menyantuni asnaf Sikamat

Apabila bermotorsikal, ambil tahu permasalahan di sekeliling

SIKAMAT: Kesibukkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan tidak menghalang YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dari menyantuni golongan asnaf di DUN Sikamat.

Program ‘Jelajah Konvoi Motorsikal Santuni Asnaf DUN Sikamat’ merupakan program anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat.

“Syukur Alhamdulillah saya dan pasukan saya sempat menziarahi rakan-rakan yang kurang berkemampuan, sakit dan kurang upaya di Taman Sri Pulai, Taman Coral Heights, Taman Pinang Gading, Taman Beringin, Kampung Bukit Merbah dan Kampung Baru Sikamat.

“Sebanyak 40 buah keluarga yang kurang bernasib baik sempat disantuni dalam program jelajah asnaf kali ini,” kata Aminuddin yang juga ADUN Sikamat.

 

Aminuddin juga turut berkesempatan merasmikan Kelab Taman Coral Height Bikers (TCH Bikers). TCH Bikers merupakan persatuan permotoran yang diasaskan oleh penduduk Taman Coral Heights.

“Saya ingin menasihatkan dalam kita menganjurkan aktiviti berkonvoi ke sesuatu destinasi, pastikan kita turut memerhatikan keadaan sekeliling.

“Sekiranya terdapat perkara yang perlu diperbaiki atau permasalahan yang perlu diselesaikan, sampaikan maklumat tersebut kepada pihak berwajib.

“Insyah Allah, Allah akan permudahkan urusan kita sekiranya kita memudahkan urusan orang lain,” ujar Aminuddin.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button