Berita

Aminuddin: Bonus setengah bulan gaji atau minima RM1,000 untuk penjawat awam

Kemudahan pinjaman kenderaan dan komputer 0% faedah diteruskan

SEREMBAN: Sebagai penghargaan terhadap penjawat awam negeri, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.00 kepada semua penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Ini merupakan tanda penghargaan di atas kecemerlangan perkhidmatan mereka dalam memastikan jentera pentadbiran negeri terus beroperasi walau dalam situasi yang serba mencabar ini.

“Bantuan khas ini akan dibayar selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan Januari tahun 2021.

“Selain itu, kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan tanpa faedah (0% faedah) akan diteruskan untuk kemudahan para penjawat awam yang layak,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2021 di Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan hari ini.

Belanjawan Negeri Sembilan 2021 yang bertemakan ‘Merangsang Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ ini menggariskan empat strategi yang akan direalisasi melalui 53 inisiatif yang merangkumi 22 inisiatif sedia ada dan 31 inisiatif baru dengan memfokuskan kepada lapan bidang tumpuan iaitu ekonomi rakyat, pendidikan, kebajikan, pemerkasaan komuniti, belia dan wanita, kerohanian dan agama, institusi adat dan pentadbiran.

 

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button