Berita

Negeri Sembilan benar 50 jemaah di masjid bermula hari ini

SEREMBAN: Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi untuk masyarakat awam bermula hari ini mengikut SOP yang ditetapkan.

“Bermula 1 Muharram 1443 Hijrah (10 Ogos 2021), masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi untuk masyarakat awam dan terhad kepada 50 atau 30 orang jemaah yang terawal, termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid serta petugas keselamatan atau sukarelawan.

“Jemaah yang hadir hendaklah melepasi tempoh 14 hari setelah menerima dua dos suntikan vaksin.

Aminuddin berkata, ketetapan itu mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan mendapat nasihat dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Senarai masjid dan surau Jumaat yang dibenarkan mengikut had jemaah boleh dirujuk melalui saluran rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan atau di pautan berikut: https://jheains.ns.gov.my/…/789-sop-masjid-surau-ns-ppn

 

Show More

Related Articles

Back to top button