Berita

Aminuddin: Dekati dan santuni anggota parti

Mantapkan parti, perkukuhkan Pakatan Harapan, menuju PRU-15

SEREMBAN: Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Negeri Sembilan (MPN), YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru kepimpinan KeADILan di peringkat cabang mendekati dan mengenali setiap anggotanya.

“Hari ini kita ada lebih 44 ribu ahli di seluruh Negeri Sembilan.

“Tetapi kita kenal ke tidak ahli kita di cabang? Kita khuatir, ahli kita esok merajuk.

“Tugas kita yang utama adalah menyantuni ahli kita, selain menambah keanggotaan parti,” kata beliau.

Aminuddin dalam ucapan Program Jelajah Presiden KeADILan ke Negeri Sembilan petang kelmarin di Klana Resort Seremban berkata; jentera Pilihan Raya KeADILan Negeri Sembilan telah diaktifkan sejak tiga minggu lepas sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

“Jentera pilihanraya KeADILan Negeri Sembilan telah mengorak langkah awal dengan menyusun dan bermesyuarat sejak tiga minggu yang lepas.

“Jabatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPN) telah beri taklimat di peringkat cabang.

“KeADILan cabang pula sudah mengadakan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa cabang. Sesi penerangan dan gerak kerja pilihan raya telah diaktifkan.

“Kita sudah mulakan gerak kerja pilihan raya dengan lebih baik dan tersusun untuk menang pilihanraya,” jelas Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan.

Aminuddin juga menasihatkan ahli KeADILan Negeri Sembilan agar tidak gusar dengan tindakan sebilangan kecil ahli yang keluar parti.

“Yang keluar parti sedikit, dah mula gusar.

“Sedangkan keahlian parti kita semakin hari semakin bertambah.

“Sebaliknya kini KeADILan Negeri Sembilan sedang mengorak langkah dengan lebih baik dan tersusun,” ujar beliau yang juga merupakan ADUN Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button