Aktiviti

Aminuddin edar 2,000 bubur pulut hitam kepada penduduk Sikamat

SIKAMAT: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Sikamat telah menjalankan Program Masak Bubur Pulut Hitam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak 2,000 pek bubur pulut hitam dan 2,000 botol air soya diagihkan kepada penduduk sekitar Sikamat oleh anggota Angkatan Muda KeADILan (AMK) Seremban.

“Program ini melibatkan sebuah masjid dan 10 buah surau di bawah MPKK tersebut.

“Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini dari awal sehingga akhir.

“Semoga sumbangan ini dapat memeriahkan lagi suasana Ramadan masyarakat di sekitar Sikamat,” kata Aminuddin yang juga ADUN Sikamat.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button