Berita

Aminuddin: Hanya 26% rakyat Negeri Sembilan daftar untuk terima vaksin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hanya 26 peratus rakyat Negeri Sembilan yang telah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19.

“Sehingga kini seramai 228,275 orang atau 26 peratus daripada penduduk Negeri Sembilan telah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19.

“Fasa 1 pemberian vaksin melibatkan 19,249 penerima daripada petugas barisan hadapan.

“Fasa 2 melibatkan 138,543 penerima (pesakit kronik dan warga emas) bermula April hingga Ogos ini.

“Fasa 3 melibatkan 691,608 warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri berharap setiap agensi dan badan kerajaan terutamanya yang dekat dengan rakyat seperti MPKK dan Pusat Khidmat Rakyat DUN dapat membantu menggalakkan pendaftaran vaksin COVID-19.

“Capaian terhadap warga emas juga boleh ditingkatkan dengan cara mengumpul maklumat secara manual dan memaklumkan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan,” ujarnya lagi.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button