Berita

Aminuddin: Kerajaan Negeri akan bantu mangsa banjir

SEREMBAN: Berikutan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Seremban sejak malam tadi; Kerajaan Negeri Sembilan sedang menyusun untuk membantu mangsa yang terlibat dengan banjir.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, isu kejadian banjir ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Exco pagi tadi.

“Kta sedang mendapatkan jumlah mangsa banjir dan kita akan umum jenis bantuan yang akan diberikan

“Saya menyeru ADUN dan Pusat Khidmat Rakyat DUN bagi bantuan awalan kepada mangsa banjir.

“Insyah Allah, dalam masa tempoh 48 jam, Kerajaan Negeri akan beri bantuan di peringkat Kerajaan Negeri,” kata Aminuddin.

Beberapa kawasan perumahan yang dilanda banjir ialah di Rasah, Mambau dan Kuala Sawah.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button