Berita

Aminuddin: Kerajaan Negeri komited jaga kebersihan

Langkah proaktif sedang diambil untuk bendung pembuangan sampah merata-rata

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan komited dalam menjaga kebersihan negeri dan aspek kebersihan sentiasa diutamakan; kata Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dalam Program World Clean Up Day 2020 peringkat Negeri Sembilan di Taman Malaysia (Taman Bunga Seremban).

“Beberapa langkah penting akan diambil bagi memastikan kebersihan Negeri Sembilan.

“Antaranya, mengenakan kompaun kepada mereka yang membuang sampah merata-rata.

“Menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pemberi maklumat tentang pembuangan sisa industri atau buangan terjadual sehingga tertangkap.

“Mencadangkan agar dinaikkan denda pembuangan sisa pepejal dari RM500,000 kepada RM2 juta bagi mereka yang tidak bertanggungjawab ini,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata, pihak berkuasa tempatan akan menambah pemasangan perangkap sampah di longkang dan pemasangan log boom di sungai bagi memerangkap sampah dari terus terlepas ke sungai dan laut.

Program World Clean Up Day ini merupakan acara tahunan yang disambut sejak tahun 2018. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kegagalan mengurus sisa bahan buangan dengan betul akan memberi impak negatif untuk dunia dan penghuninya.

Di Negeri Sembilan program ini menggunakan slogan ‘Moh Pungut Sampah’. Antara pengisian program pada hari tersebut ialah aktiviti membersihkan lapan buah lokasi terpilih seperti persekitaran Dataran Nilai, kaki Gunung Datuk di Rembau dan beberapa lokasi lagi.

Jumlah sampah yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak 309.59 kg.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button