Berita

Aminuddin: Kerajaan PH Negeri Sembilan komited bela nasib penjaja

Penjaja disediakan tapak niaga, diberi lesen dan bantuan kewangan RM300

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan komited dalam membela nasib penjaja di Negeri Sembilan; kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Dalam majlis penyampaian lesen penjaja dan bantuan kewangan kepada penjaja dari daerah Seremban di Dataran Senawang malam tadi, Aminuddin berkata Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dengan menyediakan tapak perniagaan serta memberikan lesen kepada penjaja agar mereka dapat menjalankan perniagaan dengan selamat dah sah di sisi undang-undang.

Aminuddin turut menyerahkan bantuan kewangan RM300 kepada penjaja yang bersetuju bekerjasama berpindah ke Medan Penjaja yang disediakan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

“Untuk makluman, penjaja dikecualikan bayaran lesen sehingga 31 Disember 2020.

“Ini bagi meringankan beban para penjaja yang semestinya terjejas akibat pandemik Covid-19.

“MBS telah mengenalpasti 41 kawasan yang mempunyai kapasiti sebanyak 890 petak niaga.

“Seramai 264 peniaga ditawarkan tapak manakala 293 orang penjaja masih dalam proses penempatan,” ujar Aminuddin.

Turut hadir Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong; Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohd Taufek Abd Ghani yang juga ADUN Paroi dan Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek.

Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu, YB Mohamad Nazaruddin Sabtu; Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon; Exco Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional, YB Choo Ken Hwa; ADUN Rahang, YB Mary Josephine; ADUN Mambau, YB Yap Yew Weng dan ADUN Lobak, YB Chew Seh Yong.

Turut bersama hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr.Razali Ab Malek dan Datuk Bandar MBS, YBhg Dato’ Zazali Salehudin.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button