Berita

Aminuddin: Kibar Jalur Gemilang, tanda cinta kepada negara

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru rakyat di negeri ini mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, bangunan pejabat, gedung perniagaan dan kenderaan masing-masing sempena sambutan bulan kebangsaan, sebagai tanda cinta kepada negara.

“Semenjak kita merdeka, amalan mengibar Jalur Gemilang seharusnya sudah dibudayakan dalam kehidupan seharian kita.

“Kita dengan rela hati dan megah mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang tahun, tanpa perlu menunggu adanya program sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang.

“Apabila kesedaran ini sudah ada dalam diri setiap orang, maka ia bermakna kita telah berjaya menjiwai kemerdekaan negara ini,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata, Jabatan Penerangan sedang menganjurkan beberapa program seperti Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka), Merdeka@Komuniti, Pertandingan Pidato Kenegaraan dan Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka.

“Kesemua aktiviti ini dilaksanakan secara maya dengan tujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik di kalangan semua lapisan masyarakat dalam negeri ini,” kata beliau yang juga ADUN Sikamat.

Aminuddin berkata demikian dalam ucapan perasmian Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang diadakan secara atas talian (online) sebentar tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button