Berita

Aminuddin komited meneruskan pembangunan Negeri Sembilan

Pembangunan dapat diteruskan kerana rizab kewangan sangat kukuh

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yakin Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan komited dalam memastikan semua pembangunan serta inisiatif yang dirancang dapat terus dilaksanakan pada tahun hadapan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu berikutan pandemik Covid-19.

Aminuddin berkata demikian di Sesi Konsultasi Penyediaan Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan Bagi Tahun 2021 yang diadakan di Hotel Amari, Johor Bahru.

“Insyah Allah, saya serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri yakin pembangunan di negeri ini dapat diteruskan kerana rizab kewangan yang sangat kukuh.

“Sehingga Ogos 2020, rizab Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM1.06 bilion dan mampu menampung perbelanjaan walaupun dalam worst case scenario.

“Saya juga yakin dan percaya bahawa ketua-ketua jabatan dan penjawat awam di Negeri Sembilan dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan sasaran kutipan hasil dapat dicapai mengikut sasaran.

“Ini akan memastikan bahawa segala projek serta inisiatif yang dirancang dapat diteruskan demi kebajikan rakyat sentiasa terbela,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button