Berita

Aminuddin lancar bas SEMADAH

PEDAS: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun melancarkan bas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH) di sini pada Sabtu.

“Program kutipan dana bagi pembelian bas sekolah ini telah dilancarkan pada 15 September 2018 oleh saya sendiri.

“Setelah hampir tiga tahun, akhirnya SEMADAH berjaya mencukupkan dana bagi pembelian bas ini.

“Saya difahamkan dana telah disumbangkan oleh pelbagai pihak seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pihak luar termasuklah Pejabat Menteri Besar,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SEMADAH bagi tahun 2020/2021.

“Saya berharap agar kata sepakat dapat dicapai supaya dapat menjadi pencetus motivasi kepada ibu bapa murid-murid dan pihak sekolah dalam berdepan dengan cabaran semasa.

“Saya menyeru semua pihak agar memberi sokongan padu terhadap segala usaha murni pihak sekolah dalam membangunkan pelajar,” ulasnya.

Dalam majlis yang sama Aminuddin merasmikan buku-buku antologi ke-3 SEMADAH yang bertajuk SEMASHAF untuk bacaan pelbagai generasi terutamanya anak-anak SEMADAH.

“Tahniah diucapkan kepada bidang bahasa SEMADAH khususnya Panitia Bahasa Melayu kerana berjaya menghasilkan buku ini,” ujar Aminuddin.

Turut hadir, Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button