Berita

Aminuddin: Lebih 70 menara pemancar telekomunikasi akan dibina di luar bandar

Liputan rangkaian telekomunikasi yang lebih luas

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sentiasa berusaha untuk meningkatkan capaian rangkaian telekomunikasi di seluruh Negeri Sembilan,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Namun, kata Aminuddin, ada bantahan dari masyarakat setempat di beberapa kawasan perumahan tertentu yang membantah pembinaan menara pemancar telekomunikasi atas alasan ianya berdekatan (kesan radiasi) dengan kediaman mereka.

“Sedangkan pada masa yang sama, Kerajaan Negeri didesak (pengguna telekomunikasi) untuk meningkatkan jaringan telekomunikasi.

“Masyarakat kena faham, tujuan kita membina menara telekomunikasi ini adalah untuk meluaskan liputan agar masyarakat di sekitar dapat liputan yang lebih baik,” kata Aminuddin.

Pembinaan menara telekomunikasi mematuhi SOP ditetapkan

Menurut Aminuddin, pembinaan menara pemancar telekomunikasi tersebut mendapat kelulusan dan mematuhi SOP Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Pembinaan menara telekomunikasi mematuhi syarat yang ditetapkan iaitu dibina dengan jarak melebihi 30 meter dari kawasan perumahan.

“Saya berharap masyarakat dan pimpinan masyarakat setempat memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan liputan rangkaian telekomunikasi yang lebih luas.

“Lebih 70 menara telekomunikasi akan dibina di kawasan luar bandar manakala di bandar pula akan dibina dari semasa ke semasa mengikut keperluan termasuk berhubung peningkatan bilangan penduduk,” jelas Aminuddin lagi.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button