Berita

Aminuddin mahu menyantuni seramai mungkin penduduk Sikamat

40 keluarga asnaf diziarahi Aminuddin dan Wan Hasni

SIKAMAT: Kesibukan rutin harian Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menjaga pentadbiran dan rakyat seluruh Negeri Sembilan tidak menghalang keinginan beliau untuk bertemu seramai mungkin penduduk di DUN Sikamat.

Sebagai ADUN Sikamat, beliau bersama isteri YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof  sentiasa mencari masa menyantuni penduduk Sikamat terutamanya golongan asnaf

Baru-baru ini Aminuddin dan Wan Hasni dalam Siri Jelajah DUN Sikamat Siri 4 telah menziarahi 40 keluarga asnaf di Taman Sri Inai, Taman Desa Rhu, Taman Jujur dan Taman Penaga.

Selain bertanya permasalahan rakyat, Aminuddin juga menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan dapur.

 

“Sesungguhnya betapa bertuahnya penduduk Sikamat yang mempunyai seorang ADUN dan rakyat Negeri Sembilan keseluruhannya yang mempunyai seorang Menteri Besar yang begitu prihatin, mesra rakyat, merendah diri dan begitu mengambil berat akan segala permasalahan rakyat.

“Terima kasih kepada Dato Seri dan Datin Seri yang meluangkan masa berkonvoi bersama-sama dengan rakan rakan daripada Pejabat DUN Sikamat, Pengerusi MPKK DUN Sikamat dan AMK Cabang Seremban dalam program hari ini.

“Semoga lawatan dan bantuan yang diberikan dapat menggembirakan dan meringankan beban penerima,” kata Kamis Saruan yang merupakan Pengerusi MPKK Jalan Sikamat.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button