Berita

Aminuddin mahu pekerja industri pelancongan divaksin segera

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri mahu pekerja industri pelancongan di negeri ini divaksin dengan suntikan dos kedua dengan segera.

Menurut Aminuddin, Kerajaan Negeri sedang berbincang dengan pengiat industri pelancongan supaya dos kedua suntikan vaksin Covid-19 bagi pekerja sektor itu disegerakan sebelum beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ia perlu kerana, apabila kita sudah beralih ke fasa dua nanti, boleh menerima pelancong tempatan.

“Setakat ini hampir 90 peratus pekerja industri pelancongan di Negeri Sembilan telah menerima suntikan vaksin dos pertama.

“Saya juga difahamkan, sektor pelancongan sudah mula menjual produk dan pakej percutian masing-masing,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button