Berita

Aminuddin: Masjid tempat mendamaikan masyarakat

Aminuddin menyumbang RM100 ribu kepada Surau Taman Desa Permai Repah

REPAH: Masjid dan surau perlu dijadikan tempat mendamaikan dan menyelesaikan masalah masyarakat, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di majlis penyerahan sumbangan RM100,000 kepada Surau Taman Desa Permai, Repah, Tampin.

“Jangan menjadikan masjid dan surau sebagai tempat solat semata-mata.

“Kita perlu jalankan aktiviti ziarah, nasihat dan bantu mereka yang memerlukan dalam masyarakat.

“Pihak pengurusan serta para jemaah haruslah selalu menyantuni masyarakat sekitar agar mereka tidak ketinggalan dari segi duniawi dan juga ukhrawi.

“Pada masa yang sama, sebarkan dakwah dan terapkan di dalam jiwa mereka tentang keindahan dan kelembutan Islam,” kata Aminuddin.

Mengambil semangat ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengambil inisiatif dengan mengadakan program Ziarah Door to Door di mana pegawai JHEAINS menziarahi rumah-rumah di kawasan mereka bagi mendidik serta menyantuni masyarakat setempat.

“Insyah Allah, sekiranya semua masjid dan surau menjalankan aktiviti seperti ini, lebih ramai anggota masyarakat dapat dibantu dan akan menyebabkan masyarakat jatuh cinta kepada institusi masjid dan surau,” ujar Aminuddin lagi.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button