Berita

Aminuddin menyeru seluruh rakyat Negeri Sembilan dapatkan vaksin

Bagi membentuk imuniti berkelompok dan membendung pandemik Covid-19

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru seluruh rakyat Negeri Sembilan mendaftar untuk mendapatkan vaksin bagi membentuk imuniti berkelompok dan secara tidak langsung membendung pandemik Covid-19 daripada terus merebak.

Menurut Aminuddin, sehingga kini, hanya seramai 452,823 individu ataupun 53.31 peratus daripada jumlah penduduk di Negeri Sembilan telah mendaftar untuk menerima vaksin.

“Bagi memudahkan pemberian vaksin, Kerajaan Negeri telah mempersiapkan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Negeri Sembilan.

“18 lagi PPV baharu akan dibuka menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 59 PPV dijangka beroperasi menjelang bulan Jun kelak.

“Kerajaan Negeri berharap agar lebih ramai rakyat Negeri Sembilan dapat mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin,” katanya.

Aminuddin berkata, pemberian vaksin kepada rakyat Negeri Sembilan setakat ini masih bergantung kepada bekalan yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Diharapkan juga dengan pertambahan PPV di seluruh Negeri Sembilan, dapat memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk mendapatkan suntikan vaksin, Insyah Allah,” ujarnya.

Berikut adalah senarai 18 Pusat Pemberian Vaksin baharu (tambahan kepada yang sedia ada) dan tarikh bakal beroperasi:

1. Klinik Dr.Mohd Saiful (Jempol) 01 Jun 2021

2. Poliklinik Medi Ihsan (Jempol) 01 Jun 2021

3. Poliklinik Penawar (Seremban) 01 Jun 2021

4. Klinik Port Dickson (Port Dickson) 01 Jun 2021

5. Klinik Salak (Seremban) 01 Jun 2021

6. Dewan Majlis Perbandaran Jempol – 28 Jun 2021

7. Kompleks Sukan Komuniti Felda Palong 6 – 28 Jun 2021

8. Dewan Orang Ramai Sendayan – 28 Jun 2021

9. Dewan Pusat Islam Rantau – 28 Jun 2021

10. Dewan Majlis Bandaraya Seremban (Cawangan Nilai) – 28 Jun 2021

11. Kompleks Belia dan Sukan Paroi – 28 Jun 2021

12. Dewan Besar Gemas – 28 Jun 2021

13. Klinik Banyan (Seremban) – Cadangan Jun 2021

14. Klinik Sidhu (Seremban) – Cadangan Jun 2021

15. Klinik Raja & Surgeri (Jempol) – Cadangan Jun 2021

16. Klinik Negeri Sembilan (Seremban) – Cadangan Jun 2021

17. Klinik Mesra (Tampin) – Cadangan Jun 2021

18. Dewan Kompleks Rakan Muda (Kuala Pilah ) – 5 Julai 2021

Show More

Related Articles

Back to top button