Berita

Aminuddin minta pengundi menangkan PH demi perubahan

SEREMBAN: Naib Presiden KeADILan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun meminta pengundi memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bagi membuat perubahan.

“Pastikan Pakatan Harapan menang pada PRU-15 supaya kita dapat memerintah dan melakukan perubahan demi kepentingan rakyat.

“Barulah Pakatan Harapan boleh melakukan perubahan seperti yang diharapkan oleh rakyat.

“Kehadiran tuan puan pada malam ini amat penting, kerana kita mahu jentera pilihan raya di setiap DUN dan Parlimen berfungsi dengan optimum.

“Pakatan Harapan memerlukan sumbangan tuan puan sebagai sukarelawan dan petugas semasa PRU-15 nanti,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Perkarangan Stadium Paroi malam tadi yang dihadiri lebih 1,000 orang.

Turut menyampaikan ceramah, Timbalan Presiden KeADILan, Saudara Rafizi Ramli; Naib Presiden KeADILan, YB Chang Lih Kang dan Saudara G.Manivannan serta Ahli Parlimen Johor Bahru, YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button