Berita

Aminuddin nasihat pengunjung Bazar Ramadhan mematuhi SOP

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menasihatkan pengunjung Bazar Ramadhan dan Bazar Aidil Fitri agar mematuhi SOP yang ditetapkan.

Aminuddin berkata, beliau mendapat laporan ada pengunjung yang membawa anak kecil yang tidak memakai pelitup muka (mask) di sebuah tapak Bazar Ramadhan.

“Kita telah memberi amaran dan taklimat kepada penganjur Bazar Ramadhan tersebut.

“Sekiranya SOP ini dilanggar lagi termasuk sekiranya pengunjung terlalu ramai sehingga tidak boleh dikawal, Kerajaan Negeri akan menutup Bazar Ramadhan tersebut selama tiga hari.

“Namun, ini akan merugikan peniaga atas keingkaran pengunjung. Ini tidak adil kepada peniaga dan kita tidak mahu perkara ini berlaku.

“Justeru, saya menasihatkan pengunjung agar mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk di Bazar Aidil Fitri,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata di bawah Majlis Bandaraya Seremban terdapat 32 tapak Bazar Ramadhan dan Bazar Aidil Fitri, Port Dickson (8), Jempol (4), Tampin (4), Kuala Pilah (6), Rembau (5) dan Jelebu (3).

Semua tapak tersebut di bawah kawal selia Pusat Berkuasa Tempatan.

Sementara itu, Aminuddin mengulas bahawa pematuhan SOP di masjid dan surau amat baik.

Show More

Related Articles

Back to top button