Berita

Aminuddin: Negeri Sembilan platform strategik untuk pelaburan Jepun

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri Sembilan sedia menjadi menjadi platform yang strategik dari segi lokasi dan infrastruktur untuk pelaburan daripada syarikat Jepun.

Aminuddin berkata, itu antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Oka Hiroshi, petang kelmarin.

“Insyah Allah, semoga kerjasama baik ini dapat direalisasikan dan memberi manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya.

“Mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Oka Hiroshi serta delegasi atas kunjungan mereka ke Negeri Sembilan,” katanya.

Turut bersama, Setiausaha Pertama Bahagian Ekonomi Pejabat Kedutaan Jepun, Encik Nakagawa Kazutaka dan Setiausaha Duta Besar Jepun ke Malaysia, Cik Masubuchi Kana.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button