Berita

Aminuddin: Pembalakan di Lenggeng melalui proses tender yang telus dan teratur

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, projek pembalakan di Lenggeng, melalui proses perolehan tender yang telus serta teratur dan sehingga kini kerja-kerja telah dijalankan mengikut peraturan ditetapkan.

“Merujuk laporan akhbar yang dikeluarkan hari ini berkenaan status projek pengeluaran kayu balak di kawasan Lenggeng yang kini didakwa masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kerajaan Negeri menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung isu tender projek pembalakan di Lenggeng yang didakwa tidak mengikut prosedur, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pihak Kerajaan Negeri tidak berkompromi dalam hal ini dan akan sentiasa memberi kerjasama dengan SPRM,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button