Berita

Aminuddin: Perpustakaan Awam di Seremban 2, penjimatan RM10 ribu

Menawarkan pelbagai kemudahan baru dengan parkir yang banyak

SEREMBAN: Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kini telah dibuka kepada orang ramai dan majlis perasmian bangunan baru perpustakaan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, sebelum ini Perpustakaan Awam Negeri Sembilan berada di bangunan Wisma UMNO, di tengah bandaraya Seremban.

Walaubagaimanapun, kadar sewaan yang tinggi serta kesukaran untuk mendapatkan parkir kenderaan menyebabkan bangunan tersebut tidak sesuai dijadikan perpustakaan lagi.

“Sehubungan itu Kerajaan Negeri mengambil langkah strategik untuk memindahkan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan ke Wisma PKNNS di Seremban 2.

“Wisma PKNNS menawarkan lokasi yang strategik, suasana aman damai, parkir yang banyak serta penjimatan sewaan tapak hampir RM10,000 sebulan dari lokasi sebelumnya.

“Dengan jumlah peruntukan berjumlah RM2.6 juta, perpustakaan awam ini berjaya mewujudkan suasana baru yang mesra pengguna,” kata Aminuddin.

Menurut Aminuddin, selain bahan bacaan, Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kini mempunyai tiga buah bilik E-Sukan yang dilengkapi dengan pelbagai jenis konsol permainan terkini.

“Saya yakin dan percaya, penambahbaikan ini mampu menarik minat generasi muda untuk mencintai ilmu pengetahuan.

“Segenap lapisan masyarakat harus memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan di perpustakaan ini.

“Insyah Allah, semoga usaha ini dapat menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat,” ujar beliau lagi.

Turut hadir Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Zulkefly Mohamad Omar; Timbalan Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ M.Ravi; Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong; Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek;

Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohd Taufek Abd Ghani; Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Ismail Ahmad; Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar; Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir;

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, YB S.Veerapan; Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu, YB Mohamad Nazaruddin Sabtu; Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon dan Exco Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional, YB Choo Ken Hwa.

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; YB P.Gunasekaren (Seremban Jaya); YB Michael Yek Diew Ching (Chuah); YB Mary Josephine (Rahang), YB Yap Yew Weng (Mambau); YB Ng Chin Tsai (Temiang) dan YB Chew Seh Yong (Lobak); Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr.Razali Ab Malek dan Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Puan Jamilah Katis.

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button