Berita

Aminuddin puji JKR Negeri Sembilan, proaktif dan cemerlang

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun memuji sikap proaktif Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan sebagai agensi teknikal pembangunan projek di negeri ini.

“Bertepatan dengan slogan ‘Jasa Kepada Rakyat’, saya lihat JKR Negeri Sembilan adalah agensi yang proaktif dalam mempromosikan dirinya sebagai agensi teknikal di negeri ini dalam aspek kecemerlangan penyampaian projek kepada rakyat,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Pecah Tanah Pembinaan Baru Masjid Warisan Puteri pagi tadi.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pasukan Projek JKR Daerah Seremban dalam memastikan pembinaan ini berjaya dan memberikan keprihatinan terhadap kepentingan pengguna dan masyarakat sepanjang pelaksanaan projek ini.

“Pada masa yang sama, saya juga ingin menyarankan supaya segala usaha dan tenaga terus digembleng dalam memastikan setiap projek dan program pembangunan Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan pantas, berkesan, berintegriti dan benar-benar memberi impak positif kepada kesejahteraan hidup rakyat,” ujar beliau.

Aminuddin turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam merealisasikan pembinaan masjid ini, khususnya Pejabat Kewangan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan.

Aminuddin juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button