Berita

Aminuddin puji penyertaan golongan muda dalam ibadah korban

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun memuji penyertaan golongan anak muda dalam ibadah korban pada tahun ini.

“Sempena sambutan Aidiladha pada tahun ini, saya berkesempatan menyertai program ibadah korban anjuran Madrasah Al Aliyah, Surau Al Ansar Taman Coral Heights, Surau Taman Sri Penaga, Surau Al Falah Taman Desa Rhu, Surau Al Hadi Rumah Rakyat Sikamat 2, Surau Al Hidayah Bandar Warisan Puteri, semuanya diĀ  Sikamat dan Surau Taman Desa Ixora di Senawang.

“Alhamdulillah nampaknya ramai anak-anak muda dan jemaah hadir membantu program ibadah korban pada tahun ini.

“Penglibatan anak muda dalam program ibadah korban seperti ini harus dipuji kerana mereka adalah generasi yang akan menguruskan aktiviti masjid dan surau pada masa akan datang. Pelapis perlu dibentuk dari sekarang,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, hasil daripada ibadah korban tersebut telah disedekahkan kepada golongan asnaf di sekitar DUN Sikamat.

“Insyah Allah, semoga sumbangan ini dapat memeriahkan lagi suasana Hari Raya Aidiladha mereka,” ujar Aminuddin yang juga merupakan ADUN Sikamat.

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button