Berita

Aminuddin: Rizab Kerajaan Negeri Sembilan cecah RM1.06 bilion

RM556.44 juta hasil tahun 2019. Surplus RM147.47 juta

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan rizab Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah mencecah RM1.06 bilion.

Aminuddin berkata demikian di dalam Persidangan Kedua (Khas – Belanjawan Tambahan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14.

“Rizab Kerajaan Negeri setakat ini ialah RM1.06 bilion.

“Ini berbanding RM875.02 juta pada tahun 2019 dan RM687.77 juta pada tahun 2018.

” Kutipan hasil tahun 2019 pula adalah sebanyak RM556.44 juta yang merupakan rekod tertinggi dan mencapai surplus RM147.47 juta, ” katanya.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button