Berita

AMINUDDIN: Sambutan Hari Kebangsaan diadakan secara tertutup dan ringkas

SEREMBAN: Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Peringkat Negeri Sembilan akan diadakan secara tertutup dengan jemputan terhad kepada 60 orang sahaja,” kata Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), sambutan kali ini hanya membabitkan orang kenamaan, pemimpin negeri dan ketua jabatan serta petugas barisan hadapan menangani Covid-19.

“Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, akan berangkat mencemar duli pada majlis berkenaan.

“Turut akan hadir termasuk Datuk Syahbandar, Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin serta pegawai tertentu.

“Sambutan akan diadakan secara tertutup dan ringkas di perkarangan Wisma Negeri, membabitkan acara nyanyian lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun Negara serta doa tanpa perarakan seperti kebiasaannya,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button