Berita

Aminuddin santuni masyarakat Port Dickson

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah turun padang bagi menyantuni masyarakat di sekitar Pekan Port Dickson.

Aminuddin berkata, aktiviti tersebut bertujuan mendekatkan beliau dengan pengunjung serta penduduk di Port Dickson.

“Saya juga turut berkongsi dengan masyarakat tentang manifesto Pakatan Harapan yang merangkumi pelbagai aspek dan lapisan masyarakat.

“Insya Allah, Pakatan Harapan adalah pilihan terbaik untuk rakyat Port Dickson dan Malaysia,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button