Berita

Aminuddin santuni pelajar tingkatan 6

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyantuni pelajar tingkatan 6 daripada Seremban, Rembau dan Port Dickson di Program Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia.

Aminuddin berkata, program tersebut merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bagi mendedahkan para pelajar dengan isu-isu sosioekonomi semasa.

“Saya diberi peluang untuk berinteraksi dengan para pelajar ini dalam satu sesi dialog yang diadakan.

“Saya turut berpesan kepada mereka untuk tidak sesekali menyerah walaupun berada di tahap paling bawah dalam hidup kita.

“Hal ini kerana, apabila berjaya kelak, kita akan bersyukur apabila mengimbau pengalaman ini.

“Besar juga harapan saya agar para pelajar mampu menjadi pemimpin dan pemikir untuk memajukan negara tercinta, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button