Berita

Aminuddin santuni petugas Pusat Pemberian Vaksin UiTM Rembau

REMBAU: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyantuni 82 petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UiTM Rembau.

Dalam lawatan, Aminuddin merakamkan penghargaan kepada petugas yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada penerima vaksin, walaupun terpaksa bertugas pada hari Sabtu dan Ahad.

“PPV ini mempunyai kapasiti untuk menyuntik sebanyak 1,000 dos sehari dan beroperasi setiap Isnin hingga Ahad bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

“Sebagai tanda terima kasih, saya telah menyampaikan sumbangan makanan kepada semua petugas.

“Saya juga ingin menasihatkan penerima vaksin agar sentiasa mematuhi tarikh temujanji vaksinasi. Sila semak aplikasi MySejahtera secara berkala agar anda tidak terlepas tarikh temujanji bagi menerima suntikan vaksin.

“Insyah Allah, sama-samalah kita memainkan peranan bagi membina imuniti kelompok di Negeri Sembilan,” ujar Aminuddin yang juga ADUN Sikamat.

Aminuddin juga berkesempatan menyantuni penerima vaksin yang hadir di PPV UiTM Rembau.

Show More

Related Articles

Back to top button