Berita

Aminuddin: Selamat Hari Pekerja 2021

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Negeri Sembilan dan Malaysia.

Pandemik Covid-19 telah merubah landskap pekerjaan negara.

Pelbagai cabaran baharu kini wujud yang memerlukan kita mempraktikkan norma baharu.

Walaupun begitu, penerapan norma baharu ini adalah satu kemestian bagi kita memelihara kepentingan masyarakat.

Besarlah harapan saya agar kita bersama-sama beriltizam dan mempraktikkan perubahan dalam pekerjaan kita bagi memastikan pandemik Covid-19 dapat dibendung, Insya Allah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pekerja di Negeri Sembilan atas sumbangan anda dalam membangunkan negeri dan negara.

YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun
Menteri Besar Negeri Sembilan
Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KeADILan Negeri Sembilan,
ADUN Sikamat

Show More

Related Articles

Back to top button