Berita

Aminuddin sempurnakan penyerahan Masjid Kem Syed Sirajuddin, Gemas

Masjid khusus untuk anggota tentera mampu memuatkan 1,500 jemaah

GEMAS: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan dan Pengisytiharan Masjid As-Solihin Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Masjid yang mula dibina pada November 2017 ini siap sepenuhnya pada 24 Julai 2020 dan mampu memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu masa. Pada masa ini, Masjid As-Solihin ini akan digunakan khusus untuk warga tentera di Kem Syed Sirajuddin.

“Masjid adalah asas atau landasan penting bagi pembangunan komuniti Muslim yang sejahtera.

“Ini bermakna masyarakat Islam tidak akan terbentuk dengan sempurna dan kukuh jika tidak ada komitmen kepada masjid dan komitmen kepada aqidah.

“Menyedari kepentingan masjid dalam pembangunan komuniti, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah menetapkan sasaran menjadikan 100 buah Masjid di Negeri Sembilan sebagai Pusat Pembangunan Umat Terbaik Menjelang Tahun 2024,” kata Aminuddin.

 

Menurut Aminuddin, untuk mencapai wawasan tersebut, terdapat lima strategi sedang dilaksanakan:

i. Membangunkan barisan kepimpinan masjid menerusi proses pendemokrasian pemilihan Ahli Jawatankuasa         dan pegawai masjid secara bebas dengan menekankan kepada ciri-ciri kepimpinan dan sahsiah murni.

ii. Menyediakan infra-struktur untuk pembangunan umat.

iii. Menyediakan garis panduan urus tadbir masjid yang berkesan.

iv. Melatih pengurusan masjid tentang perlaksanaan urus tadbir yang digariskan.

v. Memantau perjalanan masjid dan kepatuhan terhadap garis panduan yang di tetapkan.

“Semoga segala usaha dan kerja kita diterima Allah sebagai bukti pengabdian diri kepada-Nya, Insyah Allah,” ujar Aminuddin lagi.

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button