Berita

Taufek prihatin keselamatan pelajar sekolah

PAROI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani telah turun padang bagi meninjau kerja menebang pokok mati berhampiran Masjid Taman Marida, Senawang.

Mohamad Taufek berkata, pokok-pokok yang mati tersebut begitu hampir dengan kawasan pelajar sekolah yang menunggu bas atau van sekolah di waktu pagi.

“Ini sudah tentu membahayakan keselamatan mereka jika terdapat dahan yang patah.

“Alhamdulillah proses kerja-kerja menang ini telah berjalan dengan lancar.

“Saya akan memastikan bahawa Pusat Khidmat DUN Paroi akan terus memantau keselamatan dan keperluan komuniti setempat,” kata Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button