Berita

Aminuddin: ‘Siswazah Tani’ galak lepasan universiti ceburi pertanian

Setiap 51 siswazah menerima geran maksima RM10 ribu mengikut keperluan

PORT DICKSON: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah mengambil satu inisiatif untuk menggalakkan golongan siswazah menceburi bidang pertanian.

Dalam Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan 2020; Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah membentangkan Insentif Siswazah Tani Negeri Sembilan (INSIST9).

Justeru, seramai 51 orang siswazah kumpulan pertama telah menerima Insentif Siswazah Tani Negeri Sembilan dari Aminuddin dalam Majlis Pelancaran dan Penyerahan INSIST9 di Klana Beach Resort, Port Dickson petang kelmarin.

Aminuddin berkata geran ini terbuka bagi siswazah di seluruh Negeri Sembilan yang menjalankan pertanian di atas tanah sendiri atau pun tanah yang disewa dengan keluasan sekurang-kurangnya 1 hektar atau pun 3,000 unit polibeg jika menjalankan tanaman menggunakan kaedah fertigasi.

 

“Penerima geran ini akan menerima bantuan maksimum berjumlah RM10,000 berdasarkan keperluan masing-masing.

“Individu yang berminat untuk memohon geran ini, bolehlah hadir ke pejabat pertanian daerah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Insyah Allah, semoga inisiatif ini dapat menggalakkan lebih ramai lepasan universiti untuk menceburi bidang yang amat lumayan ini,” kata Aminuddin dalam ucapan perasmian majlis tersebut.

Aminuddin berkata, beliau yakin dan percaya bahawa penglibatan para siswazah dalam bidang pertanian akan menghasilkan lebih banyak inovasi dalam industi tersebut.

 

Turut hadir Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, YB Dato’ Zulkefly Mohamad Omar; Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir; Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek; Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Ismail Ahmad; Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon dan Exco Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional, YB Choo Ken Hwa.

Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Dr.Razali Ab Malik; Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Mohd Khidir Majid;¬†¬†Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Encik Muhamad Nahar Mohd Sidek dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Encik Hisyam Yacob.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button