Berita

Aminuddin sumbang 39 perangkap haiwan liar bernilai RM120,000 kepada PERHILITAN

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menyumbang 15 unit perangkap kera dan 24 unit perangkap babi hutan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan pada Selasa.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sumbangan 39 unit perangkap ini membabitkan peruntukan berjumlah RM120,000 bagi mengawal gangguan hidupan liar di Negeri Sembilan.

“Perangkap ini akan diagihkan kepada pejabat PERHILITAN Daerah Seremban, Daerah Jempol dan Daerah Kecil Gemas dengan setiap pejabat akan menerima lima unit perangkap kera dan lapan unit perangkap babi hutan.

“Sumbangan ini bagi membantu PERHILITAN Negeri Sembilan dalam mengurangkan konfrontasi antara hidupan liar dan manusia yang kebiasaannya menyebabkan kejadian yang tidak diingini.

“Perangkap ini akan dipasang di lokasi yang diadukan oleh orang ramai,” jelas Aminuddin.

Orang ramai yang terserempak dengan haiwan liar boleh menyalurkan maklumat kepada PERHILITAN melalui talian 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button