Berita

Aminuddin sumbang RM10 ribu kepada Masjid Gunung Pasir

SERI MENANTI: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyumbang RM10,000 kepada Masjid Gunung Pasir dekat sini.

Aminuddin berkata, sumbangan ini bagi memastikan pengurusan masjid berjalan dengan lancar.

“Sumbangan kewangan ini diharap dapat membantu pengurusan masjid mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan,” katanya.

Aminuddin dan Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat turut menyerahkan sumbangan kewangan peribadi kepada 41 orang asnaf dari Kampung Pulau, Kampung Mertang, Kampung Sikai dan Kampung Gunung Pasir.

Show More

Related Articles

Back to top button